PENGENALAN

RISDA Semaian dan Landskap Sdn. Bhd atau ringkasnya RISDA Semaian ditubuhkan pada 31 Julai 1979 adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh RISDA, yang mana merupakan salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil dibawah Kementerian Hal Ehwal ekonomi (MEA).RISDA Semaian merupakan syarikat yang berstatus bumiputera yang ditubuhkan bagi menjalankan menyedia dan membekalkan benih getah dan sawit yang berkualiti tinggi khusus kepada pekebun kecil yang menyertai Rancangan Tanam Semula RISDA.

RISDA Semaian telah memperluaskan aktiviti semaian yang sedia ada kepada pelbagai tanaman lain yang mempunyai nilai komersial serta menyadiakan pokok- pokok landskap dan herba. Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dan kesinambungan perniagaan, RISDA Semaian telah menceburi bidang- bidang kerja pengurusan ladang, perlandskapan, pembangunan dan penyelenggaraan kerja- kerja sivil, kerja- kerja pembersihan dan penyelenggaraan bangunan.

RISDA Semaian juga sedang giat mengeluarkan biji cambah sawityang telah mula dikeluarkan di Ladang Getah Kg. Changkat Sulaiman, Perak dan jumlah sumbangan pendapatan bagi tempoh perancangan 5 tahun adalah sebanyak 8.1%.00

Bagi mengekalkan kemampanan syarikat pada masa akan datang, cadangan aktiviti perniagaan baru dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pertumbuhan syarikat yang mana fokus kepada pengangkutan, sewaan dewan, tanaman benih kelapa, dan tanaman kontan.

 

TUJUAN PENUBUHAN

Untuk Menyedia Dan Membekal Benih Getah Dan Sawit Yang Berkualiti Tinggi Kepada Pekebun Kecil Yang Menyertai Rancangan Tanam Semula RISDA

 

VISI

Menjadi Peneraju Dalam Bidang Semaian dan Landskap.

 

MISI

Mengeluarkan Produk Semaian dan Landskap Berkualiti Tinggi Dengan Tenaga Mahir Yang Profesional.

 

OBJEKTIF

  • Melatih Tenaga Mahir Profesional
  • Menghasilkan Produk Berkualiti
  • Memaksimumkan Pengeluaran Dan Meminimumkan Kos