RISDA Semaian mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan dan pengurusan ladang. Ladang-ladang yang diusahakan adalah seperti berikut;

  • Ladang RISDA Kg Awah, Pahang
  • Ladang RISDA Kg. Changkat Sulaiman, Perak
  • Ladang RISDA Kg. Sekijang, Johor
  • Perkhidmatan yang ditawarkan adalah :-
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah :-
  • Pembangunan dan pengurusan ladang (replanting).
  • Khidmat nasihat
PENSIJILAN MALAYSIAN SUSTAINABLE PALM OIL (MSPO) (MS2530– 3:2013)

RISDA Semaian & Landskap Sdn Bhd dengan sukacita memaklumkan Ladang Skim di bawah pengurusan kami telah memperolehi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia / Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) mengikut piawaian MSPO MS2530– 3:2013 pada 23 Januari 2020 bagi tempoh lima (5) tahun ( 23 Januari 2020 – 22 Januari 2025)

MSPO telah dibangunkan mengikut kehendak industri sawit Malaysia untuk keperluan skim pensijilan mampan bagi menembusi pasaran antarabangsa.

Terdapat tujuh (7) prinsip yang terkandung di dalam MSPO iaitu :-

  • Komitmen dan Tanggungjawab Pengurusan,
  • Ketelusan,
  • Pematuhan Perundangan,
  • Tanggungjawab Sosial, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan,
  • Alam Sekitar, Sumber Semulajadi, Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem,
  • Amalan Baik Perladangan dan
  • Pembangunan Kawasan Baru.